Sejarah Tokoh-Tokoh Pendidikan Awal Kanak-Kanak Serta Pendapat Tokoh Dalam Pendidikan

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualakum..Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan inayahnya dapat saya menyambung penulisan saya kali ini yang bertajuk "Sejarah Tokoh-Tokoh Pendidikan Awal Kanak-Kanak Serta Pendapat Tokoh Dalam Pendidikan".



Maria Montessori

Biodata Tokoh

Maria Montessori dilahirkan pada 31 Ogos, 1870 (1870-08-31) di Chiaravalle (Ancona), Itali dan meninggal dunia pada 6 Mei, 1952 (81 tahun) di Noorwijk, Netherlands. Beliau tinggal di Noordwijk, Netherlands Nationality Italian dan telah mendapat pendidikan di University of Rome La Sapienza Medical School. Selain itu, beliau juga merupakan seorang pendidik berbangsa Itali, saintis, pakar perubatan, ahli falsafah, penyokong gerakan kewanitaan (feminist), seorang humanis dan merupakan pendidik awal kanak-kanak yang telah dicalonkan untuk menerima 'Hadiah Nobel Keamanan'.

Beliau telah dilahirkan di Chiaravalle, Region Marche, Italian. (Semasa itu berbentuk kerajaan). Ayahnya bernama Alessandro Montessori berusia 33 tahun semasa Maria dilahirkan. Alessandro bekerja sebagai pegawai Kementerian Kewangan di pabrik tembakau yang dijalankan oleh pemerintah negara bahagian setempat. Ibunya, Renilde Stoppani, 25 tahun, memiliki latar belakang pendidikan yang baik pada masa itu dan merupakan cucu kepada seorang geologiwan dan paleontologiwan Italian, Antonio Stoppani.

Meskipun Maria tidak memiliki guru tetap, beliau sangat dekat dengan ibunya yang memberikan dorongan padanya. Ia juga memperoleh kasih sayang dari ayahnya, meskipun ayahnya tidak menyutujui keputusannya melanjutkan pelajaran. Maria Montessori juga merupakan siswazah wanita pertama yang menerima ijazah dari Sekolah Perubatan di Universiti Rom. Beliau merupakan ahli kepada Klinik Psikiatrik Universiti dan tertarik untuk mengajar kanak-kanak terencat akal dan kanak-kanak yang tidak mampu belajar (uneducable) di Rom.

SEJARAH MARIA MONTESSORI
   
     Model pendidikan Montessori ini di asaskan oleh Maria Montessori (1870-1952) yang merupakan seorang tokoh pendidikan di ROME, beliau mempunyai pengalaman mengenai pendidikan kanak-kanak terencat akal. Pada tahun 1899, beliau terlibat dengan penubuhan sekolah kanak-kanak cacat di ROME. Di sekolah ini beliau menghabiskan masa selama 2 tahun bersama rakan- rakannya bagi melatih guru-guru dalam  kaedah pemerhatian dan pendidikan kanak-kanak terencat akal. Di samping itu, beliau menghabiskan masa dengan kanak-kanak dengan membuat pemerhatian dan ujikaji dengan menggunakan pelbagai bahan dan kaedah serta menggunakan semua idea yang diperolehinya melalui kajian tersebut.

Sumbangannya terhadap kanak-kanak menjadikan Maria Montessori seorang tokoh yang terkenal lebih-lebih lagi kerana beliau seorang doktor. Melalui kaedah pembelajaran yang di perkenalkan oleh beliau kepada kanak-kanak cacat, beliau mula menerapkan kaedah ini kepada kanak-kanak biasa. Beliau yakin bahawa kaedah yang digunakan ini boleh mendatangkan hasil pencapaian yang lebih baik kepada kanak-kanak istimewa dan boleh memperbaiki kanak-kanak normal.

Maria Montessori meninggal di Belanda pada tahun 1952, selepas mengabdikan diri sepanjang hayat untuk belajar mengenai perkembangan kanak-kanak. Kerja-kerja awal beliau tertumpu kepada hak-hak wanita dan reformasi sosial dan berkembang merangkumi pembaharuan pendekatan menyeluruh ke atas pendidikan. Kejayaan beliau di Itali telah diiktiraf di peringkat antarabangsa dan untuk selama 40 tahun beliau mengembara ke serata dunia, memberi kuliah, penulisan dan menguruskan program latihan. Pada tahun yang kemudiannya, 'pendidikan untuk keamanan' telah menjadi prinsip petunjuk, kepada kerja-kerja beliau.

Di dalam persidangan di Rom pada 6-7 Januari 2007 akan menandakan bermulanya tahun untuk meraikan kanak-kanak dan sekolah di seluruh dunia. Pendekatan berinovasi Dr Maria Montessori adalah "Pendidikan seharusnya tidak lagi akan menjadi penyampaian pengetahuan, tetapi perlu menerima cara baru, mencari potensi yang terdapat kepada seseorang manusia."

Apa yang diikuti seluruh dunia dipanggil sebagai "penemuan kepada seorang kanak-kanak" dan telah menyedarkan manusia boleh mengharap kepada penyelesaian kepada masalah-masalahnya, dimana yang terpenting adalah keamanan dan bersatu, hanya dengan menukar perhatian dan tenaga kepada penemuan seorang kanak-kanak dan untuk membangunkan potensi yang tinggi dalam personaliti manusia di dalam pembentukan halatuju tersebut.

Keberkesanan kaedah pengajaran Montessori telah di demonstrasi akhir-akhir ini pada penerbitan hasil kajian di jurnal AS, Science (29 September 2006) yang menunjukkan kanak-kanak Montessori telah bertambah baik tingkah laku dan kemahiran akademik di "Montessori Children" berbanding kumpulan kawalan dari sistem aliran utama. Apabila dilaksanakan dengan sebenarnya, pendidikan Montessori menggalakkan kemahiran sosial dan akademik yang sama atau lebih dari yang digalakkan dari kawasan atau sekolah berlainan.

Kaedah Montessori dalam pendidikan yang dihasilkan dari pengalaman ini kemudiannya telah dipraktikkan dengan jayanya ke atas kanak-kanak dan ia agak popular di banyak tempat di dunia. Walaupun banyak kritikan pada kaedah beliau pada awal tahun 1930-an dan 1940-an, kaedah pendidikan beliau telah dipraktikkan dan telah bangkit semula. Ia kini boleh ditemui di enam benua dan seluruh Amerika Syarikat.

Sebelum akhir tahun 1907, Maria Montessori telah mengasaskan 'Casa dei Bambini' atau dikenali Rumah Kanak-Kanak yang pertama, di Rom. Melewati tahun 1913, terdapat sokongan yang kuat terhadap kaedah beliau di Amerika Utara, tetapi selepas kaedah itu tidak mendapat sambutan yang menggalakan, salah seorang rakyat Amerika iaitu Nancy McCormick Rambusch telah mengembalikan kaedah ini di Amerika dengan mengasaskan atau dengan kata lain telah menubuhkan Persatuan Montessori Amerika pada tahun 1960.

Montessori telah dibuang negeri oleh Mussolini kerana beliau enggan untuk berkompromi dalam pendiriannya dan menjadikan kanak-kanak sebagai tentera. Beliau berpindah ke Sepanyol dan menetap di sana sehingga tahun 1936. Apabila perang Saudara Sepanyol meletus, selepas itu beliau berpindah ke Belanda sehingga tahun 1939. Di dalam persidangan guru-guru di India, beliau telah ditahan oleh pihak berkuasa dan tinggal disana selama tempoh peperangan.

Montessori menghabiskan hidup beliau di Belanda, yang mana menjadi ibu pejabat kepada AMI, atau "Association Montessori Internationale". Beliau telah meninggal di Noordwijk. Anak lelaki beliau Mario mengetuai "American Montessori International" sehingga meninggal dunia pada tahun 1982.

KAEDAH MENGAJAR MARIA MONTESSORI

Mengikut kajian yang dilaksanakan oleh Montessori kanak-kanak yang berusia 3 hingga 6 tahun mempunyai ciri-ciri yang universal dalam kehidupan mereka. Antaranya ialah, semua kanak-kanak mudah untuk menerima pembelajaran. Kedua, semua kanak-kanak melalui peringkat umur yang sensitif. Ketiga, semua kanak-kanak ingin belajar. Keempat, semua kanak-kanak belajar melalui bermain dan bekerja. Kelima, semua kanak-kanak melalui berbagai peringkat perkembangan dan semua kanak-kanak ingin berdikari.

Kaedah yang sesuai dengan masalah pembelajaran kanak-kanak ialah alatan mengajar yang disediakan perlulah mempunyai sifat-sifat khas supaya kanak-kanak boleh menggunakan deria mereka. Kaedah Montessori dan bahan pengajarannya menekankan "pembelajaran dan pengajaran deria" kaedah mengajar di sekolah Montessori mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Ini bertujuan agar kanak-kanak mendapat pengutamaan dan latihan menggunakan deria dengan cepat. Beliau membuat kesimpulan bahasa tingkah laku kanak-kanak ini merupakan satu usaha dan mempelajari mengenai persekitaran dengan menggunakan tangan mereka. Idea ini iaitu "Bahagian untuk Pembangunan Intelek adalah kerana Tangan." Merupakan tema yang penting dalam kaedahnya.

KONSEP ASAS DALAM PEMBENTUKKAN KURIKULUM KANAK-KANAK PADA PERINGKAT AWAL

Maria Montessori berpendapat dalam mendidik kanak-kanak, kita mestilah menghormati kanak-kanak dan haknya. Oleh itu, persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan arahan adalah prinsip penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Menurut Maria Montessori juga, pendidikan adalah untuk menolong kanak-kanak membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani. 

Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal. Antara konsepnya :-

1. Minda yang mudah menyerap

Menurut Maria Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep tersebut. Seorang kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku di sekelilingnya dan menyusun pengalaman ini daripada saat kelahiran lagi. Contohnya, mereka berpengalaman melihat pelbagai jenis dan bentuk bola semasa proses membesar. Apabila mereka bersedia mempelajari konsep 'bola', hal ini dapat membantu kanak-kanak tersebut memahami bahawa konsep 'bola' itu tidak terhad pada bola yang tertentu sahaja.

2. Persekitaran yang tersedia

Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yang lengkap dengam pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila kanak-kanak memerlukannya. Bagi tujuan ini, bahan pembelajaran perlu dipilih dan disusun dengan penuh teliti supaya kanak-kanak tertarik menerokai serta menggunakannya mengikut minat serta keperluan perkembangan mereka. Contohnya, meja dan kerusi perlu sesuai dengan saiz kanak-kanak yang masih kecil serta selesa untuk digunakan oleh mereka. Peranan guru adalah menggunakan bahan pembelajaran yang sesuai. Misalnya, apabila seseorang kanak-kanak menunjukkan kesediaanya dengan menanya soalan ataupun memerhatikannya.

3. Didikan diri

Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui aktiviti yang sesuai dengan pelbagai bahan pembelajaran yang menarik. Kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru tidak perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar apabila perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam membuat pemilihan bahan dan aktiviti. Misalnya terdapat satu set bahan untuk setiap prosedur pembelajaran iaitu contohnya, set tumbuhan. Bahan pembelajaran Montessori biasanya berbentuk 'betul diri' atau dikenali sebagai 'self-correcting' iaitu kanak-kanak dikehendaki meniru dan mengulang apa yang mereka pernah perhatikan. Sekiranya cara mereka menggunakannya tidak mengikut prosedur maka mereka akan mendapat maklum balas secara langsung melalui hasil mereka dalam aktiviti tersebut. Contohnya, seperti guru menggunakan bongkah yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan warna. Kanak-kanak mengatur serta menyusun bongkah tersebut mengikut warna dan menamakan warna itu serta memberikan beberapa bongkah yang sama warna seperti yang dikehendaki oleh guru.

4. Bahan pembelajaran

Guru perlu mengajar cara yang betul untuk menggunakan bahan yang dipilih dalam aktivitu pembelajaran secara bebas dan sukarela. Mengikut Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak daripada segi penumpuan perhatian, kemahiran memerhati, meneliti, kesedaran berkenaan susunan dan peraturan, keseimbangan pergerakan, kesedaran persepsi, kemahiran praktikal, konsep matematik, kemahiran bahasa, kemahiran menulis dan membaca, kebiasaan dengan semi kreatif, pemahaman berkenaan alam semulajadi, pengalaman, pemahaman berkenaan sains sosial serta pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah. Kemajuan diri lebih penting berbanding fakta yang dipelajari untuk kemajuan intelektual.

Montessori juga mengesyorkan kurikulum yang menggalakkan perkembangan fizikal melalui permainan luar dan permainan berbentuk ritma. Perkembangan sosial melalui perbincangan mengenak tingkahlaku sangat sesuai ketika kanak-kanak sedang bermain serta menghormati keperluan rakan sebaya. Perkembangan intelektual melalui aktiviti menyusun dan mengumpul. Konsep melalui perbendaharaan matematik serta literasi iaitu mengenali huruf serta abjad dan perkataan.

Terdapat 4 Jenis Bahan Pembelajaran Montessori iaitu:


a) Bahan untuk Latihan Dalam Kemahiran Hidup

Jagaan dari segi fizikal diri dan persekitaran yang membina kemahiran diri serta membentuk kawalan dalaman, sikap berdikari dan penghargaan kendiri melalui aktiviti yang tersusun dengan lengkap.

b) Bahan Sensori

Menggalakkan  penghalusan penggunaan alat deria bagj meningkatkan kecerdasan kanak-kanak melalui aktiviti menyusun dan mengumpul. Contohnya, melalui aktiviti membezakan pelbagai jenis kain.

C) Bahan Akademik

Bahan akademik iaitu seperti mempelbagaikan bahan abjad yang mudah alih bagi menggalakkan kanak-kanak mengenal huruf dan membentukkan perkataan.

d) Bahan Seni dan Budaya

Membantu kanak-kanak menghayati muzik, lagu dan irama serta mempelajari pengawalan pergerakkan badan dalam aktiviti menari serta mereka juga diajar menggunakan alat muzik dan bahan lukisan.

5. Tempoh Sensitif 

Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan serta sentiasa tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran.

ALAT BANTU MENGAJAR

1. Menara Merah Jambu (Pink Tower)

a) Satu set susunan serasi iaitu menyusun daripada susunan yang besar kepada yang kecil ataupun yang sebaliknya. Cara menyusunnya ialah saiz kiub yang paling besar terletak di bahagian bawah manakala yang bersaiz paling kecil terletak dibahagian atas. Apabila kanak-kanak tidak mengikuti salah satu prosedur penggunaan alat Menara Merah Jambu (Pink Tower) ini, salah satu kiub ataupun lebih akan akan tertinggal ataupun tidak tersusun mengikut saiz ataupun warna yang sesuai. Selagi kanak-kanak belum mahir menguasai kemahiran menyusun, mereka akan terus mencubanya sehingga mahir dan berjaya. Sesudah berjaya, mereka boleh dibenarkan menggunakan bahan yang lain supaya mereka dapat mengukuhkan lagi kemahiram baru ini dan secara tidak langsung menggalakkan kebolehan berfikir secara kreatif dan kritis.

2. Bongkah (Block)

a) Guru menyediakan serta menggunakan Bongkah (Block) yang terdiri daripada pelbagai saiz bentuk dan warna. Kanak-kanak mengatur serta menyusun bongkah tersebut mengikut susunan warna dan menamakan warna bongkah itu serta memberikan beberapa bongkah yang sama warna seperti yang dikehendaki oleh guru.

Selagi kanak-kanak belum mahir menguasai kemahiran menyusun mengikut susunan warna yang dikehendaki, mereka akan terus mencubanya sehingga mahir dan berjaya. Sesudah berjaya, mereka boleh dibenarkan menggunakan bahan yang lain supaya mereka dapat mengukuhkan lagi kemahiran baru ini dan secara tidak langsung menggalakkan kebolehan berfikir secara kreatif dan kritis.

GAMBAR-GAMBAR BAHAN PENGAJARAN MONTESSORI


Gambar menunjukkan kanak-kanak sedang menyusun bongkah-bongkah mengikut saiz bentuk dan warna.




Gambar menunjukkan hasil kreativiti anyaman yang dilakukan oleh kanak-kanak.



Gambar menunjukkan permainan alat timbang yang dihasilkan mengikut susunan bentuk dan warna oleh kanak-kanak.



Gambar menunjukkan kreativiti penghasilan manik-manik yang dilakukan oleh kanak-kanak.



Gambar menunjukkan permainan papan nombor mudah alih yang dipelajari serta digunakan oleh kanak-kanak di tadika Montessori.

Pedagogi

Selain dari pedagogi baru, antara daripada sumbangan utama kepada pendidikan melalui pemikiran Montessori adalah:

a) Petunjuk keatas kanak-kanak dalam kumpulan umur 3 tahun mengikut tempoh-tempoh sensitif perkembangan contoh: lahir-3, 3-6, 6-9, dan 9-12 tahun kepada program 'Erdkinder' (dalam bahasa German untuk "kanak-kanak tanah") untuk demaja awal.

b) Kanak-kanak sebagai insan cekap, digalakkan untuk membuat keputusan maksimum.

C) Pemerhatian keatas kanak-kanak di dalam persekitaran sebagai asas kepada kurikulum pendidikan yang berterusan (persembahan atas latihan-latihan untuk perkembangan kemahiran dan pengumpulan maklumat).

d) Kecil, perabot saiz kanak-kanak dan pembuatan yang kecil, persekitaran kecil kanak-kanak (microcosm) yang mana kanak-kanak (microcosm) yang mana setiap satu akan membina kecekapan untuk menghasilkan dunia kecil kanak-kanak yang boleh berdikari.

e) Penyertaan ibu bapa untuk memberi perhatian asas dan betul kepada penilaian kesihatan dan kebersihan sebagai syarat persekolahan.

f) Gambaran kepada skala tempoh sensitif keatas pembangunan yang mana (termasuk tempoh-tempoh sensitif untuk pembangunan bahasa, experimentasi sensorial dan penghalusan, dan pelbagai aras interaksi sosial)

g) Kepentingan terhadap "penyerapan minda", motivasi kanak-kanak yang tiada had untuk mencapai kecekapan terhadap persekitarannya dan untuk memperincikan skilnya dan memahami sebaik sahaja ia ditemui di sekitar tempoh sensitif. Fenomena ini digambarkan oleh kapasiti kanak-kanak mengulang aktiviti didalam kategori tempoh sensitif. Contohnya "babbling" menyeluruh sebagai latihan bahasa mengarah kepada kecekapan berbahasa.

h) Bahan-bahan pembentulan sendiri "auto didaktik" (berasaskan hasil kerja Jean Marc Gaspard Itard dan Edouard Seguin).

Trivia Montessori

1. Pada tahun 1990-an, Maria Montessori telah digambarkan pada duit syiling 200 lire dan duit kertas 1000 lire Itali, mengantikan imej yang dikenali sepanjang ini, Marco Polo, sehingga Itali mula menggunakan Euro.

2. Maria pernah memberi tahu ibu bapanya "saya tidak akan menjadi guru! Saya akan menjadi seorang jurutera!" Bapa beliau berasa malu, tetapi secara rahsia, ibu beliau merasa bangga. Beliau mahu anaknya mengubah Itali. Tetapi, Maria tidak pernah menjadi seorang jurutera.

Pandangan Miss Lynn Terhadap Kaedah Maria Montessori

Pada pandangan saya, kelebihan kaedah Maria Montessori ini ialah dengan adanya pendidikan di dalam diri anak-anak kita, masa depan mereka akan lebih cerah dan lebih terjamin di masa hadapan. Selain itu, mereka juga akan mempunyai hala tuju yang sangat betul dan sistematik. Seterusnya, generasi yang akan datang akan menjadi pelajar yang berpendidikan. Di samping itu, anak-anak akan dapat berfikir secara rasional. Tambahan lagi, melalui pendidikan juga kanak-kanak dapat mengasah bakat mereka yang selama ini mereka pendamkan. Akhir sekali, mereka juga akan mencapai cita-cita yang selama ini mereka inginkan.

Selain itu, kelemahannya pula ialah bagi anak-anak yang tidak mempunyai pendidikan, mereka tidak akan mencapai cita-cita yang mereka inginkan selama ini. Seterusnya, masyarakat sekeliling juga akan memandang serong terhadap anak-anak yang tidak berpendidikan. Tambahan pula, mereka juga tidak akan mempunyai arah tuju yang betul. Akhir sekali, mereka akan menjadi seorang yang pemalas dan tidak akan berusah untuk mencapai apa yang mereka inginkan.

Kesimpulan daripada Model Maria Montessori ialah pembelajaran melalui penerokaan kepada persekitaran adalah penting bagi kanak-kanak kerana hal ini membolehkan mereka belajar semua bende di persekitaran mereka. Selain itu, hal ini juga boleh menyebabkan kanak-kanak berasa seronok dan aktiviti yang mencabar dalam sekelilingnya dapat menjadikan fizikalnya lasak serta mempunyai daya tahan yang tinggi. Selain itu, melalui penggunaan sensori-deria juga kanak-kanak dapat menyentuh, mendengar, melihat, menghidu, merasa dan keseimbangan (vestibular). Ransangan pelbagai deria yang bersesuaian yang diberikan dalam suasana kasih sayang dan penjagaan yang rapi terhadap keperluan kanak-kanak akan membantu perkembangan otaknya dan menggalakkan perkembangan kanak-kanak yang gembira, merasa selamat dan beremosi kukuh serta menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi cabaran dlam hidup samada di rumah, sekolah atau masa depan. Aktiviti ransangan yang bersesuaian perlu dimulakan secepat mungkin.

Comments

Popular Posts