MISS LYNN DAN DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Bismillahirrahmanirrahim
dan Assalamualaikum kepada anda semua yang akan, sedang serta telah membaca blog
saya iaitu Miss Lynn. Disini saya ingin bercerita tentang kos atau bidang yang
telah saya ambil serta saya pelajari iaitu Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAKK) di Kolej Universiti Teknologi Islam Kota Bharu Kelantan ataupun dikenali
sebagai Kolej UNITI Kota Bharu (KUKB). Saya juga akan berkongsi cerita,
berkongsi ilmu, pengajaran serta pengalaman yang telah saya perolehi serta saya
alami sepanjang saya belajar dan menimba ilmu di Kolej UNITI Kota Bharu.
Bermulanya, pengajian
saya di Kolej UNITI ialah selepas saya menamatkan pelajaran saya di Sekolah
Menengah Kebangsaan Matang iaitu selepas saya mendapat Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM). Saya telah mendapat temuduga di Pejabat Mara Kuala Berang, Hulu
Terengganu. Selain itu, saya diberi pilihan untuk memilih kos yang saya gemari
serta mengikut tahap kelulusan yang telah saya perolehi semasa mengambil
keputusan SPM. Semasa saya ditemuduga oleh promoter (EA) Kolej UNITI, saya
lebih berminat dengan penerangan beliau tentang kos Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Sebetulnya, saya agak ragu-ragu untuk memilih belajar di Kolej UNITI Kota Bharu
serta memilih kos yang telah saya ambil tetapi saya teruskan sahaja niat saya
untuk sambung belajar di Kolej UNITI Kota Bharu. Ianya juga kerana saya lebih suka
dekat dengan keluarga saya.
Seterusnya, bermula
dari situlah minat saya telah timbul untuk meneruskan pelajaran dalam bidang
Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Kolej UNITI Kota Bharu. Tambahan pula, pada
semester pertama tahun 2016, saya juga agak ragu-ragu untuk meneruskan
pelajaran saya kerana saya berprasangka bahawa kos Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang
telah saya ambil agak susah untuk dipelajari serta terdapat ura-ura oleh
sebahagian netizen yang mengatakan bahawa bidang serta kos yang telah saya
ambil terdapat ramai orang yang telah menceburinya dan ada yang mengatakan
bahawa setelah saya tamatkan pengajian nanti, susah untuk saya mendapatkan
pekerjaan. Ianya juga kerana Kolej saya adalah sebuah Kolej swasta. Tambahan
lagi, pada asalnya, saya juga tidak meminati kos Pendidikan Awal Kanak-Kanak
kerana saya lebih mengemari bidang perniagaan mengikut bidang yang diceburi
oleh ahli keluarga saya serta saya lebih berminat dengan bidang pengacaraan
disebabkan suara saya yang begitu lantang.
Di samping itu, saya
tidak peduli tentang ura-ura yang mengatakan begitu tentang kos yang telah saya
ambil, saya tetap dengan pendirian saya iaitu untuk meneruskan pengajian serta
pelajaran saya di dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Kolej UNITI Kota
Bharu. Ianya kerana saya percaya bahawa rezeki Allah S.W.T itu lebih meluas dan
ada dimana mana sahaja dan bagi saya juga jika seseorang itu mempunyai ilmu
didada, mereka akan merasa lebih yakin untuk meneruskan perjalanan bagi
menuntut ilmu serta berjaya di muka bumi Allah S.W.T walaupun serba kekurangan
di dalam hidup mereka.
comeynya dieeeeee..... hahahahaha
ReplyDeleteWuuu ayt missyeppo powerrrrr . 😁😁😁😁
ReplyDeleteNice . I like read your blog coz your blog can make me hppy
ReplyDeleteCayokkkkk chingu💪
ReplyDeleteCayokkkkk chingu💪
ReplyDeletecomei blog...tq for sharing..memg ok je bidg PAKK..akak jaga program under regent dan UPSI-kalau ade minat nakmasuk program ni trus wsp 011-16930576 akak bantu
ReplyDeleteTahniah kerana telah memilih bidang yang bagus!
ReplyDelete