TOKOH KEILMUAN ISLAM AL-IMAN GHAZALI RAHIMAHULLAH


 Nama sebenar beliau ialah Abu Hamid bin Muhammad At-Tusi al-Ghazali. Beliau dilahirkan di Tusia, sebuah kota yang terletak di Khurasan pada tahun 450 Hijrah bersamaan 1058 Masihi. Gelaran "Al-Ghazali" diambil bersempena dengan gelaran bapanya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing (al-Ghazzal). 

√ Ada yang mengatakan mengambil sempena nama kampung kelahirannya, Ghazalah.

√ Bapanya bekerja sebagai penenun pakaian daripada bulu dan menjualnya di Pasar Tusia dan merupakan seorang yang warak. Biarpun bapanya hanya seorang yang miskin dan bekerja sebagai penenun kain bulu, namun beliau amat mencintai ilmu pengetahuan. 

√ Bapanya selalu mengunjungi rumah para ulama’ untuk mendalami ilmu pengetahuan. Beliau selalu berdoa agar dikurniakan seorang anak yang soleh dan alim. 

√ Bapanya sempat berwasiat kepada salah seorang sahabat setianya yang merupakan seorang ahli tasawuf yang terkenal agar mendidik dan mengasuh Imam Al-Ghazali dan saudaranya, Ahmad. Pesan bapanya, “Sungguh saya menyesal tidak belajar khat (tulis menulis Arab) dan saya ingin memperbaiki apa yang telah saya alami pada kedua anak saya ini. Maka saya mohon engkau mengajarinya, dan harta yang saya tinggalkan boleh dihabiskan untuk keduanya.”

√ Al-Ghazali telah merantau ke serata tempat untuk mempelajari pelbagai ilmu daripada ramai guru seperti Imam al-Radzakani, Imam al-Abi Nash al-Isma’ili dan Imam al-Haramain Abu Ma’ au al-Juwaini.

√ Bapanya merupakan seorang ahli Sufi yang sangat warak. Bapanya mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu ingin melihat anaknya menjadi orang alim dan soleh. Al-Ghazali adalah seorang ulama, ahli fikir dan ahli falsafah Islam yang terkemuka hingga kini.

√ Beliau seorang yang tekun dalam menuntut dan mendalami ilmu pengetahuan sehingga berjaya menguasai pelbagai cabang ilmu seperti usuluddin, usul fiqh, mantik, membaca hikmah dan yang paling terkenal ialah bidang falsafah.

√ Beliau banyak memberi sumbangan dalam bidang penulisan dan menyusun kitab-kitab dari pelbagai aspek ilmu yang telah dipelajari, antaranya kitab yang dihasilkan ialah Ihya’ Ulumuddin, Kimya al-Saadah, Maqasid al-Falasifah dan al-Mushtasfa mim ‘Ilm al-Ushul. Segala hasil-hasil tulisan beliau telah mempengaruhi ahli fikir Islam selepasnya, seperti Jalaluddin ar-Rumi, Syeikh Al-Ashraf, Ibnu Rusyd dan Syah Waliyullah.

 SUMBANGAN AL-GHAZALI


1. BIDANG FALSAFAH

a. Membahagikan ahli falsafah

√ Imam aI-Ghazali membahagikan golongan yang membahaskan falsafah kepada tiga golongan iaitu atheis, natural dan teologi.
Golongan atheis - golongan yang mengingkari wujudnya pencipta yang mentadbir seluruh alam ini. 
Golongan natural -golongan ilmuwan yang banyak membuat kajian berkaitan dengan tabiat, kejadian dan anatomi manusia, tumbuhan serta haiwan.
Golongan teologi – merupakan ahli yang membincang dan membahaskan soal -soal ketuhanan bersumberkan akal seperti Plato, Aristotle dan Socrates.


b. Mengklasifikasi Ilmu Falsafah

√ Imam al-Ghazali merupakan individu pertama yang mengklasifikasikan semula ilmu falsafah kepada enam bahagian, iaitu matematik, mantik, fizik, ketuhanan, siasah dan akhlak.Matematik menurut al-Ghazali adalah berkaitan dengan ilmu hisab dan kejuruteraan. Ilmu ini tidak berkaitan dengan perbahasan dan sudut agama.Mantik pula ialah ilmu yang berkaitan dengan logik akal dan bagaimana akal sebagai agen penyusun hujah-hujah yang dikemukakan. Ilmu fizik pula berkaitan dengan kajian alam, langit, bintang-bintang, air, udara dan alam seluruhnya.Ilmu ketuhanan dalam falsafah mengkaji aspek ketuhanan dan perspektif akal. Ilmu ketuhanan ini didasari oleh perbincangan mantik dan logik. Ilmu ini menurut Imam al-Ghazali tersimpang daripada falsafah ketuhanan yang sebenar.

√ Menurut Imam al-Ghazali,siasah ialah perkara yang berkaitan dengan unsur-unsur keduniaan yang dapat membantu manusia menjalani kebidupan seharian dengan lebih baik.Ilmu yang terakhir dalam ilmu falsafah menurut Imam al-Ghazali ialah akhlak, iaitu ilmu yang berkaitan dengan cara seseorang menjalani kehidupan seharian dengan sikap dan peribadi yang mulia.

c. Metodologi

√ Metodologi yang diasaskan oleh Imam al-Ghazali adalah lebih jelas dan terperinci. Antara penulisan terkenal Imam al-Ghazali dalam bidang falsafah ialah Maqasid al-Falasifah, al-Munqidh mim al-Dalal danTahafut al-Falasifah. Abu Hassan al-Nadawi juga menyifatkan Imam al-Ghazali sebagai seorang yang istimewa seperti yang diungkapkannya di dalam salah satu penulisannya.

d. Menyelamatkan Akidah Umat Islam

√ Imam al-Ghazali memainkan peranan yang penting dalam perkembangan ilmu falsafah Islam, bagi menyelamatkan akidah umat Islam daripada terus direntap oleh fahaman falsafah ketuhanan Yunani yang tidak bertauhidkan agama yang suci, iaitu agama Islam.

√ Al-Ghazali berjaya mempertahankan kemurnian Islam sekaligus mengelak amalan mengagungkan falsafah Yunani tanpa menyedari ia bertentangan dengan akidah Islam.

e. Gelaran Hujjatul Islam

√ Diberi gelaran Hujjatul Islam kerana kemampuan al-Ghazali memanfaatkan ilmu yang dipelajari daripada tokoh-tokoh ulama serta kebijaksanaan berhujah dengan mengemukakan pandangan-pandangan yang bernas menyebabkan beliau amat disanjung tinggi oleh umat Islam dan sememangnya gelaran yang diberikan kepadanya amat tepat.

2. BIDANG ILMU KALAM

√ AL-Ghazali memberi sumbangan yang cukup besar dalam ilmu Kalam. Beliau telah mengarang begitu banyak penulisan dalam ilmu Kalam. Dalam penulisan beliau, al-Ghazali banyak mematahkan hujah-hujah daripada pihak lawan yang dilihat agak keterlaluan semasa membahaskan isu-isu yang timbul daripada perbincangan ilmu Kalam.Ilmu Kalam sudah pun berkembang dengan baik bagi mempertahankan akidah ahli sunnah sebagaimana yang terdapat dalam al-Irsyad, iaitu salah satu kitab karangan Imam al-Haramain, iaitu guru Imam al-Ghazali.Ada disebut dalam sejarah, al-Ghazali tidak menyukai majlis- majlis perdebatan berkaitan dengan ilmu Kalam. Jika dijemput ke majlis seumpama itu, beliau hanya berdebat dengan menggunakan metadologi Rasulullah SAW dan para sahabat dengan berpaksikan al-Quran dan al-sunnah sahaja. 

√ Hal ini kerana beliau beranggapan tanpa dua sumber utama itu akan menambahkan lagi kerisauan dan kecelaruan dalam masyarakat pada ketika itu.

√ Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin ketika membincangkan berkaitan dengan teori dan konsep ilmu tidak meletakkan ilmu Kalam sebagai satu ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat. Bahkan beliau menganggap sesiapa yang keterlaluan membicangkan isu-isu yang berkaitan dengan sifat dan perbuatan Allah SWT adalah termasuk dalam golongan orang yang melakukan bida’ah di dalam Islam.Beliau mengatakan ilmu Kalam tidak bermanfaat kepada manusia kerana dua sebab. Sebab pertama ialah ilmu ini tersimpang jauh daripada matlamatnya yang utama, iaitu mengenal Allah SWT. Sebab kedua ialah perbincangan ahli ilmu Kalam terlalu jauh sehingga menyimpang daripada apa yang dibincangkan oleh para ulama.

3. BIDANG TASAWUF

√ Apabila melibatkan diri menjadi sebahagian daripada ahli sufi, al- Ghazali berusaha membersihkan tasawuf daripada perkara-perkara khurafat dan amalan yang terkeluar daripada ajaran agama Islam yang sebenar.Dalam bidang tasawuf, al-Ghazali mempunyai beberapa orang guru yang termasyhur seperti al-Junaid dan al-Muhasibi. 

√ Apabila al-Ghazali mengetahui masyarakat melakukan kesalahan dalam bidang tasawuf, beliau melemparkan kritikan yang bertujuan membetulkan kesalahan dan menghalang daripada penyelewengan yang berlaku sehingga mencemarkan kemurnian Islam.Karya termasyhur al-Ghazali dalam bidang tasawuf ialah Ihya’ Ulumuddin yang telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa lain seperti Melayu, Parsi, Urdu, Inggeris dan Perancis. Kitab ini telah menjadi sumber rujukan para ulama di rantau Alam Melayu.Kehadiran kitab Ihya’ Ulumuddinini memberikan implikasi besar dalam pengajian tasawuf. 

√ Sumbangan ini adalah cukup besar dalam bidang tasawuf kerana al-Ghazali telah memurnikan semula ilmu tasawuf daripada kesesatan dan bidaah.

Riwayat/Kisah Hidup Imam Al-Ghazali


√ Al-Ghazali, yang terkenal dengan Hujjatul Islam(argumentator islam) karena jasanya yang besar di dalam menjaga islam dar pengaruh ajaran bid’ah dan aliran rasionalisme yunani. 

√ Dilahirkan bertepatan dengan 1059 M di Ghazalah suatu kota kecil yang terlelak di Thus wilayah Khurasah yang waktu itu merupakan salah satu pusat ilmu pengetahuan di dunia islam. 

√ Meskipun dibesarkan dalam keadaan keluarga yang sederhana tidak menjadikan beliau merasa rendah atau malas. Justeru itu, beliau semangat dalam mempelajari berbagai ilmu pengetahuan, dikemudian beliau menjelma menjadi seorang ‘ulama besar dan seorang sufi. Dan diperkirakan imam Ghazali hidup dalam kesederhanaan sebagai seorang sufi sampai usia 15 tahun (450-456).

 Pendidikan dan Perjalanan Mencari Ilmu


Perjalanan imam Ghazali dalam memulai pendidikannya di wilayah kelahirannya. Kepada ayahnya beliau belajar Al-qur’an dan dasar-dasar ilmu keagamaan ynag lain, di lanjutkan di Thus dengan mempelajari dasar-dasar pengetahuan. Setelah beliau belajar pada teman ayahnya (seorang ahli tasawuf), ketika beliau tidak mampu lagi memenuhi kebutuhan keduanya, beliau mengajarkan mereka masuk ke sekolah untuk memperoleh selain ilmu pengetahuan. Beliau mempelajari pokok islam (al-qur’an dan sunnah nabi).Diantara kitab-kitab hadist yang beliau pelajari, antara lain :

a. Shahih Bukhori, beliau belajar dari Abu Sahl Muhammad bin Abdullah Al Hafshi

b. Sunan Abi Daud, beliau belajar dari Al Hakim Abu Al Fath Al Hakimi

c. Maulid An Nabi, beliau belajar pada dari Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad Al Khawani

d. Shahih Al Bukhari dan Shahih Al Muslim, beliau belajar dari Abu Al Fatyan ‘Umar Al Ru’asai.

√ Begitu pula diantaranya bidang-bidang ilmu yang di kuasai imam al-Ghazli (ushul al din) ushul fiqh, mantiq, flsafat, dan tasawuf. Santunan kehidupan sebagaimana lazimnya waktu beliau untuk belajar fiqh pada imam Kharamain, beliau dalam belajar bersungguh-sungguh sampai mahir dalam madzhab, khilaf (perbedaan pendapat), perdebatan, mantik, membaca hikmah, dan falsafah, imam Kharamain menyikapinya sebagai lautan yang luas.

√ Setelah imam kharamain wafat kemudian beliau pergi ke Baghdad dan mengajar di Nizhamiyah. Beliau mengarang tentang madzhab kitab al-basith, al- wasith, al-wajiz, dan al- khulashoh. Dalam ushul fiqih beliau mengarang kitab al-mustasfa, kitab al- mankhul, bidayatul hidayah, al-ma’lud filkhilafiyah, syifaal alil fi bayani masa ilit dan kitab-kitab lain dalam berbagai fan.

√ Antara tahun 465-470 H. imam Al-Ghazali belajar fiqih dan ilmu-ilmu dasar yang lain dari Ahmad Al- Radzaski di Thus, dan dari Abu Nasral Ismailli di Jurjan. Setelah imam al-Ghazali kembali ke Thus, dan selama 3 tahun di tempat kelahirannya, beliau mengaji ulang pelajaran di Jurjan sambil belajar tasawuf kekpada Yusuf Al Nassaj (w-487 H). pada tahun itu imam Al-Ghazali berkenalan dengan al-Juwaini dan memperoleh ilmu kalam dan mantiq. Menurut Abdul Ghofur itu Ismail Al- Farisi, imam al-Ghozali menjadi pembahas paling pintar di zamanya. Imam Haramain merasa bangga dengan pretasi muridnya.

√ Walaupun kemashuran telah diraih imam al Ghazali beliau tetap setia terhadap gurunya sampai dengan wafatnya pada tahun 478 H. sebelum al Juwani wafat, beliau memperkenalkan imam al Ghazali kepada Nidzham Al Mulk, perdana menteri sultan Saljuk Malik Syah, Nidzham adalah pendiri madrasah al nidzhamiyah. Di Naisabur ini imam al Ghazali sempat belajar tasawuf kepada Abu Ali Al Faldl Ibn Muhammad Ibn Ali Al Farmadi (w.477 H/1084 M).

√ Setelah gurunya wafat, al Ghazali meninggalkan Naisabur menuju negri Askar untuk berjumpa dengan Nidzham al Mulk. Di daerah ini beliau mendapat kehormatan untuk berdebat dengan ‘ulama. Dari perdebatan yang dimenengkan ini, namanya semakin popular dan disegani kerana keluasan ilmunya. 

√ Pada tahun 484 H/1091 M, imam al Ghazali diangkat menjadi guru besar di madrasah Nidzhamiyah, ini dijelaskan salam bukunya al mungkiz min dahalal. Selama megajar di madrasah dengan tekunnya imam al Ghozali mendalami filsafat secara otodidak, terutama pemikiran al Farabi, Ibn Sina Ibn miskawih dan Ikhwan Al Shafa. Penguasaanya terhadap filsafat terbukti dalam karyanya seperti al maqasid falsafah tuhaful al falasiyah.

√ Pada tahun 488 H/1095 M, imam al Ghazali dilanda keraguan (skeptis) terhadap ilmu-ilmu yang dipelajarinya (hukum teologi dan filsafat). Keraguan pekerjaanya dan karya-karya yang dihasilkannya, sehingga beliau menderita penyakit selama dua bulan dan sukar untuk diubati. Kerana itu, imam al Ghazali tidak dapat menjalankan tugasnya sebagai guru besar di madrasah nidzhamiyah, yang akhirnya beliau meninggalkan Baghdad menuju kota Damaskus, selam kira-kira dua tahun imam al Ghazali di kota Damaskus beliau melakukan uzlah, riyadah, dan mujahadah. Kemudian beliau pihdah ke Bait al Maqdis Palestina untuk melakukan ibadah serupa. Setelah itu, tergerak hatinya untuk menunaikan ibadah haji dan menziarahi makam Rasulullah SAW.

√ Sebaik sahaja pulang dari tanah suci, imam al Ghazali mengunjungi kota kelahirannya di Thus, disinilah beliau tetap berkhalwat dalam keadaan skeptis sampai berlangsung selama 10 tahun. Pada periode itulah beliau menulis karyanya yang terkenal ” ihya’ ‘ulumuddin al-din” the revival of the religious ( menghidupkan kembali ilmu agama). Kerana disebabkan desakan pada madrasah nidzhamiyah di Naisabur tetapi berselang selam dua tahun. Kemudian beliau madrasah bagi para fuqoha dan jawiyah atau khanaqoh untuk para mustafifah. Di kota inilah (Thus) beliau wafat pada tahun 505 H / 1 desember 1111 M.

√ Abul Fajar al-Jauzi dalam kitabnya al asabat ‘inda amanat mengatakn, Ahmad saudaranya imam al Ghazali berkata pada waktu shubuh, Abu Hamid berwudhu dan melakukan sholat, kemudian beliau berkata : Ambillah kain kafan untukku kemudian ia mengambil dan menciumnya lalu meletakkan diatas kedua matanya, beliau berkata ” Aku mendengar dan taat untuk menemui Al Malik kemudian menjulurkan kakinya dan menghadap kiblat. Imam al Ghazali yag bergelar hujjatul islam itu meninggal dunia menjelang matahari terbit di kota kelahirannya (Thus) pada hari senin 14 Jumadil Akir 505 H (1111 M). Imam al Ghazali dimakamkan di Zhahir al Tabiran, ibu kota Thus.

Guru dan Panutan Imam Al Ghazali


Imam al Ghazali dalam perjalanan menuntut ilmunya mempunyai banyak guru, diantaranya guru-guru imam Al Ghazali sebagai berikut :

1. Abu Sahl Muhammad Ibn Abdullah Al Hafsi, beliau mengajar imam Al Ghozali dengan kitab shohih bukhori.

2. Abul Fath Al Hakimi At Thusi, beliau mengajar imam Al Ghozali dengan kitab sunan abi daud.

3. Abdullah Muhammad Bin Ahmad Al Khawari, beliau mengajar imam Ghazali dengan kitab maulid an nabi.

4. Abu Al Fatyan ‘Umar Al Ru’asi, beliau mengajar imam Al Ghazali dengan kitab shohih Bukhori dan shohih Muslim.

√ Dengan demikian guru-guru imam Al Ghazali tidak hanya mengajar dalam bidang tasawuf saja, akan tetapi beliau juga mempunyai guru-guru dalam bidang lainnya, bahkan kebanyakan guru-guru beliau dalam bidang hadist.

Murid-Murid Imam Al Ghazali


Imam Al Ghazali mempunyai banyak murid, karena beliau mengajar di madrasah nidzhamiyah di Naisabur, diantara murid-murid beliau adalah :

1. Abu Thahir Ibrahim Ibn Muthahir Al- Syebbak Al Jurjani (w.513 H).

2. Abu Fath Ahmad Bin Ali Bin Muhammad Bin Burhan (474-518 H), semula beliau bermadzhab Hambali, kemudian setelah beliau belajar kepada imam Ghazali, beliau bermadzhab Syafi’i. Diantara karya-karya beliau al ausath, al wajiz, dan al wushul.

3. Abu Thalib, Abdul Karim Bin Ali Bin Abi Tholib Al Razi (w.522 H), beliau mampu menghafal kitab ihya’ ‘ulumuddin karya imam Ghazali. Disamping itu beliau juga mempelajari fiqh kepada imam Al Ghazali.

4. Abu Hasan Al Jamal Al Islam, Ali Bin Musalem Bin Muhammad Assalami (w.541 H). Karyanya ahkam al khanatsi.

5. Abu Mansur Said Bin Muhammad Umar (462-539 H), beliau belajar fiqh pada imam Al Ghazali sehingga menjadi ‘ulama besar di Baghdad.

6. Abu Al Hasan Sa’ad Al Khaer Bin Muhammad Bin Sahl Al Anshari Al Maghribi Al Andalusi (w.541 H). beliau belajar fiqh pada imam Ghozali di Baghdad.

7. Abu Said Muhammad Bin Yahya Bin Mansur Al Naisabur (476-584 H), beliau belajar fiqh pada imam Al Ghazali, diantara karya-karya beliau adalah al mukhit fi sarh al wasith fi masail, al khilaf.

8. Abu Abdullah Al Husain Bin Hasr Bin Muhammad (466-552 H), beliau belajar fiqh pada imam Al Ghazali. Diantar karya-karya beliau adalah minhaj al tauhid dan tahrim al ghibah.[15]

√ Dengan demikian imam al ghozali memiliki banyak murid. Diantara murid–murid beliau kebanyakan belajar fiqh. Bahkan diantara murid- murid beliau menjadi ulama besar dan pandai mengarang kitab.

Karya-Karya Imam Al Ghazali


√ Imam Al Ghozali termasuk penulis yang tidak terbandingkan lagi, kalau karya imam Al Ghazali diperkirakan mencapai 300 kitab, diantaranya adalah :

1. Maqhasid al falasifah (tujuan para filusuf), sebagai karangan yang pertama dan berisi masalah-masalah filsafah.

2. Tahaful al falasifah (kekacauan pikiran para filusifi) buku ini dikarang sewaktu berada di Baghdad di kala jiwanya di landa keragu-raguan. Dalam buku ini Al Ghazali mengancam filsafat dan para filusuf dengan keras.

3. Miyar al ‘ilmi/miyar almi (kriteria ilmu-ilmu).

4. Ihya’ ulumuddin (menghidupkan kembali ilmu-ilmu agama). Kitab ini merupakan karyanya yang terbesar selama beberapa tahun ,dalam keadaan berpindah-pindah antara Damakus, Yerusalem, Hijaz, Dan Thus yang berisi panduan fiqih, tasawuf dan filsafat.

5. Al munqiz min al dhalal (penyelamat dari kesesatan) kitab ini merupakan sejarah perkembangan alam pikiran Al Ghazali sendiri dan merefleksikan sikapnya terhadap beberapa macam ilmu serta jalan mencapai tuhan.

6. Al-ma’arif al-aqliyah (pengetahuan yang nasional)

7. Miskyat al anwar (lampu yang bersinar), kitab ini berisi pembahasan tentang akhlak dan tasawuf.

8. Minhaj al abidin (jalan mengabdikan diri terhadap tuhan).

9. Al iqtishad fi al i’tiqod (moderisasi dalam aqidah).

10. Ayyuha al walad.

11. Al musytasyfa

12. Ilham al –awwam an ‘ilmal kalam.

13. Mizan al amal.

14. Akhlak al abros wa annajah min al asyhar (akhlak orang-orang baik dan kesalamatan dari kejahatan).

15. Assrar ilmu addin (rahasia ilmu agama).

16. Al washit (yang pertengahan) .

17. Al wajiz (yang ringkas).

18. Az-zariyah ilaa’ makarim asy syahi’ah (jalan menuju syariat yang mulia)

19. Al hibr al masbuq fi nashihoh al mutuk (barang logam mulia uraian tentang nasehat kepada para raja).

20. Al mankhul minta’liqoh al ushul (pilihan yang tersaing dari noda-noda ushul fiqih).

21. Syifa al qolil fibayan alsyaban wa al mukhil wa masalik at ta’wil (obat orang dengki penjelasan tentang hal-hal samar serta cara-cara penglihatan).

22. Tarbiyatul aulad fi islam (pendidikan anak di dalam islam)

23. Tahzib al ushul (elaborasi terhadap ilmu ushul fiqiha).

24. Al ikhtishos fi al ‘itishod (kesederhanaan dalam beri’tiqod).

25. Yaaqut at ta’wil (permata ta’wil dalam menafsirkan al qur’an).

Kesetiaan Imam Al Gazhali Kepada Gurunya.


√ Walaupun kemashuran telah diraih imam al-ghazali beliau tetap setia terhadap gurunya dan tidak meninggalkannya sampai dengan wafatnya pada tahun 478 H. sebelum al-Juwami wafat, beliau memperkenalkan imam al-Ghazali kepada Nidham Al Mulk, perdana mentri sulatan Saljuk Malik Syah, Nidham adalah pendiri madrasah al- nidzamiyah. Di Nashabur ini imam al Ghazali sempat belajar tasawuf kepada Abu Ali Al Fadl Ibn Muhammad Ibn Ali Al Farmadi (w. 477 H/1084 M).

√ Setelah gurunya wafat, Al Ghazali meninggalkan Naisabur menuju negri Askar untuk berjumpa dengan Nidzham Al Mulk. Di daerah ini beliau mendapat kehormatan untuk berdebat dengan para ‘ulama. Dari perdebatan yang dimenangkan ini, namanya semakin populer dan desegani karena keluasan ilmunya. Pada tahun 484 H/1091 M, imam al-Ghazali diangkat menjadi guru besar di madrasah Nidhzamiyah, ini dijelaskan dalam bukunya al mungkiz min al dahalal. 

√ Selama mengajar di madrasah dengan tekunnya imam al Ghazali mendalami filsafat secara otodidak, terutama pemikiran al Farabi, Ibn Sina Ibn Miskawih dan Ikhwan Al Shafa.penguasaanya terhadap filsafat terbukti dalam karyanya seperti Falsafah Tuhfatul Al Falasifah.

√ Pada tahun 488 H / 1095 M, imam al Ghazali dilanda keraguan(ekeptis) trhadap ilmu-ilmu yang dipelajari(hukum teologi dan filsafat). Keraguan pekerjaannya dan karya-karya yang dihasilkannya, sehungga beliau menderita penyakit selama dua bulan.

√ Imam Al-Ghazali juga adalah seorang tokoh yang telah terlibat secara langsung dengan disiplin-disiplin ilmu berkaitan dengan Pemikiran Islam seperti Falsafah, termasuk Logik, Ilm al-Kalam, Usul al-Fiqh dan al-Tasawwuf Keupayaan beliau menguasai pelbagai disiplin ilmu Islam membuktikan bahawa beliau merupakan seorang tokoh berpemikiran mantap dan dalam konteks disiplin Logik, beliau diyakini telah berjaya menguasainya dengan baik. Banyak karya ilmiah yang telah dihasilkan oleh Al-Ghazali dalam bidang Logik dan karya- karya tersebut menjadi bahan rujukan asas bagi pengajian Logik yang berlangsung sama ada dalam sistem pendidikan formal atau sebaliknya.

√ Imam Al-Ghazali banyak menulis buku-buku dan kitab-kitab ilmiah. Dianggarkan beliau telah menulis lebih 300 buah buku mencakupi pelbagai bidang ilmu pengetahuan sepeti mantik, akhlak, tafsir, ulumul Quran, falsafah, dan sebagainya. Walaubagaimanapun, sebahagian besar hasil tulisannya telah hangus dibakar oleh tentera Moghul yang menyerang kota Baghdad.

√ Antara kitab yang musnah termasuk: 40 Jilid Tafsir, Sirrul Alamain (Rahsia Dua Dunia), dan Al-Madhnuuna bihi ala Qhairiha (Ilmu Yang Harus Disembunyikan Dari Orang-orang Yang Bukan Ahlinya). Cuma 84 buah buku tulisan beliau yang berjaya diselamatkan seperti Al Munqiz Mm Al Dhalal (Penyelamat Kesesatan), Tahafut Al Falsafah (Penghancuran Falsafah), Mizanul Amal (Timbangan Amal), Ihya Ulumuddin (Penghidupan Pengetahuan), Mahkun Nazar (Mengenai Ilmu Logik), Miyarul Ilmu, dan Maqsadil Falsafah (Tujuan Falsafah). 

√ Beliau adalah seorang merupakan ahli fikir Islam yang telah meninggalkan jasa yang dapat di nilai melalui hasil-hasil karyanya. Beberapa hasil karya Imam Al-Ghazali telah diterjemahkan ke dalam berbagai-bagai bahasa Eropah untuk dijadikan rujukan kepada penuntut-penuntut di pusat-pusat pengajian tinggi. Segala hasil penulisan beliau telah mempengaruhi ahli fikir Islam selepasnya, seperti Jalaluddin ar-Rumi, Syeikh Al-Ashraf, Ibnu Rusyd dan Syah Waliyullah. Kebanyakan hasil karya Imam Al-Ghazali berbentuk falsafah. Oleh hal yang demikian, pengkaji-pengkaji Barat menganggap Imam Al-Ghazali adalah seorang ahli falsafah.

√ Selain itu, Imam Al-Ghazali juga merupakan tokoh utama yang banyak memperkatakan tentang kebahagiaan sebahagian hidup manusia. Kebahagiaan ialah tujuan hidup dan masalah pokok dalam semua agama dan dalam kebanyakan sistem akhlak. Beliau berpendapat bahawa, untuk mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat, seseorang itu hendaklah mempunyai ilmu dan diamalkan dengan baik dan ikhlas hanya kerana Allah S.W.T. 

√ Kesempurnaan bahagia itu bergantung kepada tiga kekuatan iaitu kekuatan marah, kekuatan syahwat dan kekuatan ilmu. Menurut beliau juga kebahagiaan itu ialah pada kemenangan memerangi nafsu dan menahan kehendaknya yang berlebih-lebihan. Maka kemenangan di dalam peperangan dengan nafsu ini ialah induk dari segala kemenangan, kerana orang yang berperang ke medan perang itu sendiri, ada juga yang mencari nama dan kemegahan.

√ Selain itu juga, Imam al-Ghazali juga pernah menjadi penasihat agung kepada Perdana Menteri Nizam Al-Mulk, yang merupakan tokoh dan ilmuwan Islam Parsi yang hebat dalam pemerintahan Kesultanan Saljuk. 

√ Beliau juga pernah menjadi tenaga pengajar kanan di universiti Nizamiah di Baghdad dan Naisabur. Beliau juga turut menyokong fahaman Al-Isyairah atau dikenal sebagai mazhab Ahli Sunnah wal Jamaaah. Selain itu juga, antara sumbangan beliau terhadap pemahaman manusia terhadap Islam ialah menolak fahaman ahli falsafah yang meresap dalam ilmu kalam dan telah menjadi pelopor kepada golongan sufi.

√ Sememangnya Imam al-Ghazali adalah tokoh seluruh ilmu kerana telah menguasai hampir seluruh ilmu besar. Ilmu-ilmu yang telah  dinyatakan oleh al-Ghazali di dalam buku-bukunya sememangnya amat berguna dan relevan untuk digunakan sehingga masa sekarang. 

√ Perjuangan beliau dalam mengumpulkan ilmu-ilmu berkenaan juga perlu kita contohi, kerana sesungguhnya perjuangan dalam menuntut ilmu adalah satu dari ibadah yang terpuji yang membawa seseorang ke syurga. Bagaimanapun, matlamat di sebalik menuntut ilmu itu lebih penting dari ilmu itu sendiri. Ketulusan menuntut ilmu dengan matlamat ketuhanan, untuk keredhaan Allah dan berbakti kepada makhluk-Nya, akan membawa seseorang ke syurga dalam kumpulan para Nabi dan Awliya. Ia juga adalah salah satu amalan yang tidak terputus pahalanya, sekalipun tulang belulang pemiliknya telah hancur ditelan tanah namun pahala ilmunya yang diajarkannya tetap mengalir.

√ Selain itu, pengembaraannya juga diteruskan untuk mendalami ilmu pengetahuan ke Nisapur. Di situ beliau berguru dengan Imam Haramain.  Ketokohannya sebagai seorang ulama besar mulai terserlah di situ apabila beliau dapat menguasai pelbagai ilmu pengetahuan merangkumi ilmu mantik, falsafah, dan fiqah mazhab Imam Syafie. Keluasan ilmunya ketika itu dikagumi oleh gurunya sendiri iaitu Imam al-Harmain. Beliau pernah menyanjung ketokohan Imam Al-Ghazali dengan katanya:

“ Al-Ghazali itu merupakan lautan yang tidak bertepi .”

√ Selepas Imam Al-Harmain kembali ke rahmatullah, beliau berhijrah pula ke Al-Askar dan mendapat penghormatan daripada seorang menteri Nizamul Muluk, dari Dinasti Saljuk.  Dalam usia yang masih muda iatu pada tahun 484 Hijrah, beliau telah dilantik menjadi profesor  di Akademi Nizami (universiti) di Baghdad dalam bidang Fiqh. Semua ulama di Baghdad ketika itu mengakui keluasan ilmu Imam Al-Ghazali. Para mahasiswa datang dari seluruh ceruk dunia Islam untuk berguru dengannya. Walaupun mengajar dalam bidang Fiqh, beliau juga amat meminati bidang falsafah.

√ Beliau menunaikan ibadat haji pada tahun 488 Hijrah. Selepas itu beliau meneruskan perjalanannya ke Syam (Syria) menziarahi Baitulmaqdis. Selepasitu beliau bermastautin di Damsyik dengan beribadat di Masjid Al-Umawi. Beliau membuka sebuah sudut (halqah) ilmu di masjid tersebut yang dikenali sehingga kini dengan nama Al-Ghazaliah. Sepanjang masa beliau di sana, beliau telah berjaya menyempurnakan penulisan kitabnya Ihya ‘Ulumuddin yang agung itu. Kitab ini bertanggungjawab memperkukuhkan mazhab Ahli Sunnah wal Jama’ah yang paling berpengaruh di seluruh Dunia Islam sehingga kini. Beliau menjalani hidup dengan penuh kesederhanaan. Dengan hanya berpakaian kain kasar, mengurangkan makanan dan minuman, namun beliau sentiasa mengunjungi masjid dan menempuhi jalan sufi untuk mentakarrubkan diri kepada Allah S.W.T.
Sekembalinya beliau ke Baghdad, beliau mengadakan majlis ilmu iaitu pengajaran kitab Ihya’ Ulumuddinnya. Selepas itu, beliau berhijrah ke Nasapur dan dilantik menjadi profesor di Universiti Nizamiah. Kemudian, beliau berhijrah ke kampung asalnya semula. Di situ, beliau telah mendirikan sebuah institut  pendidikannya sendiri yang dikerumuni oleh para ulama dan ahli sufi untuk berguru dengannya.

√ Kehidupan sehariannya dibahagikan kepada waktu untuk membaca Al-Quran, mengadakan pertemuan dengan para ulama dan golongan sufi, mengajar ilmu kepada pelajarnya dan mendirikan solat. Itulah jadual harian beliau yang diamalkan sehingga akhir hayatnya pada 14 Jamadil Akhir tahun 505 Hijrah bersamaan 1111 Masihi di Tusia. Di penghujung hayatnya, beliau menghabiskan masanya dengan mempelajari kembali hadis dan berkumpul bersama ahlinya. Berkata Imam Adz Dzahabi, “Pada akhir kehidupannya, beliau tekun menuntut ilmu hadis dan berkumpul dengan ahlinya serta menelaah shahihain (Shahih Bukhari dan Muslim). Seandainya beliau berumur panjang, nescaya dapat menguasai semuanya dalam waktu singkat. Beliau belum sempat meriwayatkan hadis dan tidak memiliki keturunan kecuali beberapa orang putri.”
Kegigihan beliau dalam mempelajari ilmu falsafah akhirnya menjadikan beliau seorang Ahli Falsafah Islam yang dikagumi kerana kejayaanya menggabungkan falsafah dan tasawuf dengan akidah, syarak, dan akhlak. Hal ini juga  berjaya mendamaikan antara golongan sufi dengan ulama fiqh sehingga kini.
Tambahan lagi, beliau juga mempelajari ilmu falsafah untuk menyelamatkan dirinya sendiri daripada perasaan syak atau keraguan, di samping untuk mendapatkan rahsia yang akan dijadikan panduan untuk sampai kepada hakikat atau kebenaran. Selain itu, beliau juga mempelajari ilmu kalam atau tauhid dan ilmu akhlak sehingga dapat mencipta satu metode tersendiri dalam bidang akhlak ini, iaitu merupakan metode keagamaan yang berdasarkan kepada realiti sebagai asas pengkajiannya.

√ Sementelah itu, pada tahun 478 hijrah, Imam al-Ghazali telah menampilkan dirinya kepada Nazham al-Mulk yang merupakan menteri kerajaan pada masa itu. Beliau membentangkan pendapatnya dalam pelbagai bidang yang dikuasainya. Saranannya telah mendapat perhatian lalu beliau diberi tugas mempertahankan akidah ahli Sunnah Wa Jamaah daripada serangan golongan kebatinan yang mula berleluasa. Pada tahun 484 hijrah, beliau ditugaskan menjadi guru di Madrasah Nizamiyyah sehingga menjadi tokoh pendidikan dan mendapat gelaran Imam Iraq. 

√ Setelah empat tahun beliau menjadi guru, beliau pun bersara dan menunaikan haji lalu menetap di Masjid Jamic Umawi. Beliau menjalani hidup dengan beribadah, melatih diri menjauhi perkara-perkara yang shubhah dan haram, mengembara dari satu tempat ke satu tempat serta hidup dalam dunia yang dipenuhi dengan nilai-nilai kerohanian. Imam al-Ghazali juga dikenali sebagai seorang yang mempunyai pengetahuan yang kritis, ahli fikir yang cemerlang dan luas pandangan dalam kehidupan. Beliau mencari kesempurnaan dengan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Beliau juga dianggap sebagai reformis masyarakat.

 
  PEMIKIRAN & ANTARA SUMBANGAN LAIN IMAN AL-GHAZALI


√ Al-Ghazali disifatkan sebagai seorang ensiklopedia pada zamannya kerana pengetahuannya yang meliputi berbagai-bagai bidang keilmuan dan keahliannya dalam bidang-bidang tersebut, seperti ilmu usul, fiqah, tauhid, falsafah, pendidikan dan tasawuf.

√ Di dalam kitabnya, Al-Ghazali menyatakan bahawa unsur-unsur yang ada dalam diri manusia ini terdiri daripadahati, roh, akal, dan nafsu. Beliau banyak mengkaji berkenaan jiwa manusia iaitu:-

√ Kajian tentang kebiasaan dan pembentukannya. Kajian tentang kemahuan dan kepelbagaian. Kajian tentang pengamatan dan kekuatannya Kajian tentang ingatan dan cara mengekalkannya. Kajian tentang khayal dan fungsi-fungsinya.  

√ Pendapat dan buah fikiran serta hasil karyanya mendapat perhatian yang sangat mengagumkan daripada pelbagai pihak. Antara jasa dan karya sumbangan al-Ghazali yang sangat penting dan utama adalah seperti berikut:  

1) Ilmuan pendidikan

√ Al-Ghazali  mempunyai pandangan yang sangat bernas dalam bidang pendidikan dan pengajaran. Melalui pandangannya tentang perkara ini beliau telah menjelaskan kewajipan ibu bapa terhadap anak-anak mereka, di sampingkewajipan murid dan juga guruberteraskan dasar kehidupan yang selari dengan teori-teori pendidikan moden. Dalam bidang pendidikan kanak-kanak, al-Ghazali memberikan peringatan bahawa ibu bapa perlu memandu anak-anak mereka ke arah suatu matlamat tertentu, bukan membiarkan anak-anak memilih sendiri bidang yang disukainya. Hal ini agak bercanggah dengan kecenderungan pendapat ahli-ahli pendidik sekarang, bahawa mereka lebih suka membiarkan anak-anak memilih sendiri bidang yang hendak diceburinya. Menurut al-Ghazali, sekiranya anak-anak dibiarkan memilih sendiri bidang yang digemarinya, berkemungkinan akan berlakunya pemilihan yang tidak tepat dan membawa perkara negatif dan buruk. Dengan sebab itu, beliau menekankan bimbingan ke arah pemilihan itu sangat penting lantaran anak-anak sangat terhad pemikirannya.

√ Al-Ghazali berpandangan bahawa pelajar perlulah membersihkan diri atau jiwa daripada akhlak dan budi pekerti yang buruk serta sifat tercela, mengurangkan hubungan dengan kesibukan dunia, tidak boleh bermegah dengan pengetahuan yang dimiliki, dilarang membuat helah atau menipu guru, malah perlu melaksanakan suruhannya dan mematuhi nasihatnya, seperti kepatuhan seorang pesakit kepada doktornya. Bagi al-Ghazali, matlamat pengajian adalah untuk mendapat kesempurnaan diri/jiwa dan bertujuan melengkapkan/memperbaiki diri dengan sifat dan akhlak yang terpuji. 

√ Guru atau pendidik pula mesti mempunyai perasaan kasihan belas kepada para pelajar, dan cuba mengasihi mereka seperti anak sendiri. Ketika menjalankan tugas guru seharusnya mengikut sifat Nabi Muhammad SAW dengan tidak meminta dan menentukan sebarang upah, malah tidak mengharapkan ucapan terima kasih, sebaliknya mengajar semata-mata kerana Allah SWT. Guru juga perlu mengukur kemampuan pelajar serta kefahaman mereka dan tidak memberikan sesuatu yang tidak boleh dicapai oleh otak atau fikiran mereka. Malah seseorang guru hendaklah beramal dengan ilmunya dan perbuatan tidak menyalahi percakapannya sendiri. Mereka tidak harus menasihatkan murid supaya tidak melakukan sesuatu, sedangkan mereka sendiri melakukannya. Ini akan memberi gambaran dan kesan buruk kepada  pelajar terhadap guru serta hilang kepercayaan dan penghormatan terhadap mereka.
  
2) Hasil karya al-Ghazali

√ Seorang yang sangat luas pengetahuannya dalam pelbagai bidang, merangkumi ilmu agama, falsafah, tasawuf dan lain-lain. Beliau telah menghasilkan begitu banyak buku karyanya yang merangkumi berbagai-bagai bidang dengan pelbagai judul. Buku-buku karyanya menjadi tumpuan dan perhatian masyarakat umum, sama ada di kalangan orang Arab dan Islam ataupun golongan orientalis Barat dan bukan Islam. Antara karya dan bidang ilmu yang dihasilkan oleh beliau adalah seperti berikut:- 

a. Ilmu agama dan aqidah

√ Kitab al-Iqtisad fi al-I’etiqaddalam bidang ilmu tauhid (al-kalam), iaitu perbicaraan tentang zat, sifat dan perbuatan Allah SWT, juga kupasan tentang penentuan kenabian dan kerasulan Muhammad SAWserta membenarkannya. 

√ Kitab Ihya’ Ulum al-Dinmembicarakan empat tajuk, iaituAl-’Ibadat, al-’Adat, al-Muhlikat, dan al-Munjiyat. Ia merupakan kitab al-Ghazali yang paling terkenal dan telah dihuraikan serta dirngkaskan oleh ramai ulama selepasnya. Kitab ini telah diterjemah ke pelbagai bahasa seperti Parsi, Turki, Jerman, Urdu, Melayu dan lain-lain. 

√ Kitab Kimiya’ al-Sa’adah, iaitu perbincangan tentang diri, hati, kelazatan dan kebahagiaan. Kitab ini dicetak dalam bahasa Parsi dan diterjemahkan ke bahasa Turki dan Inggeris.  

b. Ilmu Tasawuf

√ Kitab Ihya’ Ulum al-Din yang membicarakan dalam bidang ilmu  agama dan akidah kerana perbahasannya, termasukla ilmu tersebut di samping perbicaraan tentang ilmu tasawuf. Selain itu ia menekankan tiga perkara pokok sebagai asas bagi pendidikan iaitu kelebihan ilmu, penjenisan ilmu serta asas kurikulumnya dan disiplin guru dan murid. 

√ Kitab Al-Arba’in fi Usul al-Din,iaitu perbicaraan tentang asal-usul ilmu, amalan-amalan zahir, pembersihan hati daripada akhlak buruk/keji, dan galakan supaya berakhlak baik/terpuji

√ Kitab Ayyuha al-Walad, iaitu suatu risalah kecil tetapi dikira antara karyanya yang paling penting, merupakan nasihat kepada muridnya tentang ilmu terbaik yang terdiri daripada lapan perkara. Kitab ini diterjemahkan ke bahasa Turki dan dicetak beberapa kali.

c. Ilmu Falsafah dan Logik  

√ Kitab Maqasid al-Falsafiyah, iaitu sebagai pendahuluan kepada kitabnya yang terkenal Tahafut al-Falasifah, dengan membentangkan pelbagai pendapat ahli falsafah. Kitab ini diterjemahkan ke bahasa Latin, Sepanyol dan ’Ibri/Hibrew dan tersebar dengan meluas. 

√ Kitab Mi’eyar al-’Ilmi fi al-Mantiq, iaitu perbicaraan tentang pencapaian ilmu pengetahuan dan jenis-jenisnya, mengandungi empat buah kitab, iaitu al-Hudud dan al-Wujud. Kitab ini diterjemahkan ke bahasa Sepanyol. Kitab Al-Munqidh Min al-Dalal,iaitu antara kitab yang paling ulung oleh al-Ghazali. Kitab ini membicarakan penghidupan dan kemajuan pemikirannya sendiri dalam pelbagai hal.



Comments

Post a Comment

Popular Posts