JUM KENAL APA ITU SINDROM DOWN

Apakah Sindrom Down?

• Ianya adalah keadaan pada seorang kanak-kanak yang melibatkan masalah pembelajaran dan kesihatan, termasuklah masalah jantung, darah, sistem penghadaman dan organ-organ yang lain. Masalah kesihatan ini boleh hadir pada kadar yang sangat teruk mahupun sedikit terjejas.

• Ianya berpunca daripada masalah pada unit genetik yang asas (dikenali sebagai kromosom) yang mengandungi maklumat asas pembentukan manusia. Kanak-kanak sindrom Down memiliki jumlah kromosom yang berlebihan. Ini menyebabkan mereka secara fizikalnya berbeza dari kanak-kanak yang lain.

Kenapa ianya dikenal sebagai Sindrom Down?

• Kanak-kanak istimewa ini dinamakan Down sempena nama John Langdon Haydon Down, seorang doktor perubatan British yang pertama kalinya berjaya mengenali ciri-ciri bayi istimewa ini.

Apa itu kromosom ?



• Kromosom adalah struktur yang terdapat nukleus sel-sel hidup yang mengandungi maklumat yang di warisi daripada ibu dan bapa. Ia mengandungi kod genetik yang mengawal dan mengarah pembahagian, pertumbuhan dan fungsi sel.

• Seorang individu normal mempunyai 46 kromosom, setiap 23 di warisi daripada ibu, manakala bakinya di warisi daripada bapa.

• Setiap individu mempunyai kod genetik yang unik (kecuali kembar seiras). Keunikan inilah yang menyebabkan penampilan fizikal setiap individu berbeza-beza.

Ciri-Ciri Fizikal Sindrom Down

1. Sifat Pada Kepala, Muka Dan Leher

• Mempunyai iras muka yang hampir sama. Mereka juga mempunyai pangkal hidung yang kemek. Jarak diantara dua mata jauh dan berlebihan kulit di sudut dalam. Mata mereka sentiasa berair dan merah serta mempunyai mata yang sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas dan terdapat lipatan pada kedua-dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata.

• Saiz mulut adalah kecil yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat. Saiz lidah yang tebal, kasar dan pendek menyebabkan lidah selalu terjelir. Pertumbuhan gigi mereka adalah lambat dan tidak teratur. Paras telinga adalah lebih rendah. Kebiasaanyan, kepala mereka lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke belakang manakala lehernya agak pendek.

2. Sifat Pada Tangan Dan Lengan

• Sifat-sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyai jari-jari yang pendek dan jari kelingking membekok ke dalam dimana tangan yang lebar dan pendek. Jari dan tangan mereka adalah lebar dan pendek serta berbonggol.

3. Sifat Pada Kaki

• Kaki agak pendek dan jarak di antara ibu jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh terpisah dan tapak kaki.

4. Sifat Pada Otot

• Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai otot yang lemah memyebabkan mereka menjadi lembik dan menghadapi masalah lewat dalam perkembangan motor kasar.

5. Ciri-Ciri Lain

• Kanak-kanak Sindrom Down juga mempunyai ciri-ciri lain seperti berbadan gempal dan rendah serta agak bongkok.

• Mereka juga majoritinya berambut lurus dan lembut.

• Kebiasaannya, kanak-kanak ini juga suka bermanja, bermain dan gembira dimana mereka mudah mesra serta dapat bergaul dengan baik.

• IQ mereka pula adalah di antara 30-80. Kebiasaannya, kecacatan mereka dapat dikesan sebaik selepas lahir.

Jenis-Jenis Sindrom Down

a) Trisomi

• Kanak-kanak Sindrom Down adalah kanak-kanak yang menghadapi masalah fizikal, emosi dan intelek. Kanak-kanak sindrom down jenis trosomi berlaku disebabkan penambahan pasangan kromosom 23+1 (pada kromosom nombor 21) yang sepatutnya 46 menjadi 47.
• Kelahiran Sindrom Down jarang berlaku di dalam sesebuah keluarga. Menurut kajian nisbah kelahiran bagi ibu berumur kurang 25 tahun ialah 1:2000 kelahiran manakala nisbah kelahiran bagi ibu yang berusia 35-39 tahun adalah 1:50 kelahiran dan bagi ibu yang berusia lebih 40 tahun nisbah kelahiran adalah pada nisbah 1:30 kelahiran.

b) Translocation

• Kelahiran sindrom down jenis translocation tidak membabitkan lebihan kromosom dalam darah ibu hamil.
• Sindrom down (translocation) ini terjadi dalam dua cara. Cara pertama ialah apabila secebis kromosom nombor 14 bercampur dengan kromosom nombor 21. Jika ibu pembawa kebarangkalian mendapat anak sindrom down adalah 10%-25%. Jika bapa pembawa kebarangkalian untuk mendapat anak sindrom down adalah 3%-5%.
• Cara kedua terjadi apabila secebis kromosom nombor 21 bercampur dengan nombor yang sama. Jika ibu pembawa kebarangkalian mendapat anak sindrom down adalah 100% melibatkan semua kelahiran dalam keluarga.

c) Mosaic

• Sindrom Down jenis mosaic ialah sindrom down yang tidak ketara pada wajah murid-murid dan tidak 100% Sindrom Down. Kerosakan mental bagi murid-murid ini tidak teruk.

Perkembangan Kanak-Kanak Sindrom Down

1. Perkembangan Kognitif

• Mereka mempunyai daya ingatan, perhatian dan kefahaman yang lemah serta tidak dapat bertindak dengan cepat.
• Perkembangan motor kasar dan motor halus mereka adalah lambat iaitu dari segi percakapan.
• Kurang daya penaakulan dalam pemberian tumpuan.

2. Perkembangan Fizikal

• Perkembangan motor kasar mereka adalah lambat disebabkan otot-otot yang lembik tetapi akhitnya berjaya melakukan hampir semua pergerakan kasar.
• Mempunyai masalah kurang pendengaran, pertuturan kurang jelas dan lambat bertutur atau bermasalah pertuturan serta menghidapi penyakit jantung berlubang.
• Mudah mendapat radang tenggorok, selsema, radang paru-paru dan posisi tubuh di bawah tahap sederhana.
• lemah dalam koordinasi motor iaitu mata tangan, koordonasi seluruh tubuh tidak memuaskan dimana ianya masih kaku dan perkembangan sensori-motor mereka adalah lambat dan tidak normal.

3. Perkembangan Emosi Dan Tingkah Laku

• Kebiasaannya mereka berkelakuan tidak menentu iaitu agresif, pasif dan meminta perhatian yang lebih daripada keluarga.
• Tekanan emosi mereka adalah jelas terhadap sesuatu aktiviti kompleks dimana perasaan mereka adalah sama dengan orang normal tetapi tindak balas tidak sama.
• Mereka mudah menjadi tidak sabar kerana tempoh perhatian terhadap diri mereka sangat singkat.
• Ketidakstabilan emosi dimana jika harapan mereka terlalu tinggi, seterusnya bertindakbalas dengan perasaan takut atau marah. Walau bagaimanapun, mereka juga bersifat prngasih dan mudah mesra.

4. Perkembangan Bahasa

• Penggunaan bahasa mereka adalah terhad dimana mereka tidak boleg menyebut perkataan dengan betul (pelat). Ini kerana mereka menghadapi masalah kurang pendengaran, pertuturan tidak jelas dan lambat bertutur iaitu bermasalah pertuturan.

Suasana Membesarkan Kanak-Kanak Sindrom Down

1. Ketenangan dan kemesraan penjaga dapat merangsang penerimaan pembelajaran lebih cepat.

2. Alat permainan yang digunakan perlu sesuai dengan teknik pengajaran yang ingin digunakan. Ia perlu ditambah untuk mengelakkan kebosanan mereka.

3. Kanak-kanak Sindrom Down perlu berasa selamat, disayangi dan diterima keluarga serta masyarakat. Ini membantu membentuk imej diri positif dan mendorong mereka belajar.

4. Disiplin perlu diterapkan pada usia awal mereka. Dalam disiplin tersebut perlu dinyatakan had tingkah laku yang dibenarkan dan tidak dibenarkan.

5. Kanak-kanak ini perlu diberi pujian diatas setiap kecemerlangan yang dicapai oleh mereka.

Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk Membantu Kanak-Kanak Sindrom Down

A) Peringkat Bayi

• Pada peringkat umur 0-6 bulan, alat permainan yang sesuai diberikan ialah loceng, alat permainan bergerak, tangan sendiri atau alat permainan yang boleh dipegang dan digigit.
• Pada peringkat umur 6-12 bulan, alat permainan yang berbunyi dan boleh ditarik serta permainan cantum bina sesuai diberikan contohnyan "lego".
• Pada peringkat umur 12-19 bulan, alat permainan yang memerlukan IQ kanak-kanak perlu diberikan, contohnya kotak boleh disusun tinggi, kepingan kad bod bercorak dan buku bergambar.
• Pada peringkat umur 18 bulan dan ke atas, jenis permainan yang sesuai diberikan contohnya permainan kotak, kepingan kad bod bercorak, permainan cantum dua tahun bina, buku bergambar dan boneka. Permainan ini dapat membentuk IQ kanak-kanak sindrom down.

B) Peringkat Kanak-Kanak

• Permainan selidik dan jelajah, dalam permainan ini kanak-kanak dapat mengenal pelbagai jenis objek yang dilihat mereka. Ini dapat membuatkan kanak-kanak tertarik kepada semua benda.
• Permainan Fizikal, kanak-kanak dapat dilatih metangkak dan bertatih serta berminat membuka almari, laci, bakul dan kotak.
• Permainan membina dan kognitif, dalam permainan ini kanak-kanak dapat mencantum gambar berdasarkan corak, bentuk atau warna.
• Permainan sosial, dalam permainan ini kanak-kanak akan lebih aktif kerana permainan sorok-sorok sesuai dijalankan, disamping itu kanak-kanak dapat bergembira. Kanak-kanak ini juga akan ketawa apabila digeletek.
• Permainan khayalan, dalam permainan ini kanak-kanak ini dilatih untuk menjadi orang lain dalam suasana yang berbeza, contohnya bermain masak-masak.
• Permainan merangsang pergerakan otot, dalam permainan ini kanak-kanak diajar latihan fizikal seperti berlari, melompat, memanjat, menari dan mengayuh basikal.
• Permainan bahasa, dalam permainan kanak-kanak Sindrom Down diajar latihan bahasa seperti meniru gaya bercakap, latihan nyanyian dan bercerita.

Langkah-Langkah Pencegahan

a) Para ibu sememangnya tidak digalakkan untuk tidak mengandung setelah usia mereka mencecah atau melebihi 35 tahun.
b) Jika seseorang ibu yang pernah mengalami masalah keguguran atau pernah melahirkan anak yang cacat, mereka hendaklah merujuk kepada doktor atau pakar. Mereka juga boleh mengambil langkah pencegahan yang segera.
c) Ibu-ibu yang mengandung kini boleh menjalani ujian untuk mengesan gejala Sindrom Down sebagai langkah pencegahannya. Kaedah ujian ini adalah satu langkah pencegahan yang boleh dilakukan dalam tempoh yang terdekat iaitu dalam tempoh 3 bulan pertama ketika kehamilan sedang berlaku.


Comments

Popular Posts