MENGENALI DISLEKSIA BERSAMA MISS LYNN


Apa Itu Disleksia

• Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. 
• Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. 
• Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
• Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. 
• Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. 
• Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.
• Disleksia juga berasal daripada gabungan perkataan Greek _dys_ yang bermaksud kesukaran dalam _lexis_ yang bermaksud bahasa. 
• Definisi terkini disleksia adalah sebagai suatu masalah kognitif ( Thomson 1984 dalam Sheila & Samsilah 2006) Mohd. 
• Sharani (2004) menjelaskan maksud disleksia adalah kanak-kanak yang tidak dapat membaca kerana tidak dapat menterjemahkan dengan betul lambang-lambang bertulis sama ada dalam huruf itu sendiri, dalam suku kata ataupun dalam perkataan-perkataan.
• Secara literalnya, disleksia bermaksud, kesukaran dalam berbahasa (Ott 1997 dalam Sheila & Samsilah 2006). 
• Definisi operasional disleksia yang pertama dikeluarkan oleh World Federation of Neurology (1968) dalam Sheila & Samsilah (2006) adalah seperti berikut: 
“Suatu kecelaruan pada kanak-kanak di mana, meskipun mereka melalui pengalaman bilik darjah konvensional, gagal mengusai kemahiran bahasa seperti membaca, menulis dan mengeja yang selaras dengan kemampuan intelektual mereka”. 
• Kanak-kanak disleksia tidak dapat mengimbangi daya mengingati huruf dengan perkataan dan menghadapi masalah dalam mengingati bentuk huruf, bunyi huruf dan gabungan perkataan. Antara huruf-huruf yang sering mendatangkan masalah kepada mereka ialah huruf b dan d, dan perkataan yang hampir serupa ejaannya. 
• Kanak-kanak disleksia adalah lebih lambat perkembangannya berbanding rakan yang sebaya daripada segi umur kronologikal seperti seorang kanak-kanak disleksia berusia tujuh tahun sering berkelakuan seperti kanak-kanak berusia dua ataupun tiga tahun yang mementingkan diri ( Cronin 1997: ms 111 dalam Sheila & Samsilah 2006).
• Perkembangan fizikal, mereka tidak berminat dalam pelajaran dan selalu dilabelkan sebagai pemalas dan bodoh. Pakaian yang dipakai sentiasa bersih tetapi tidak kemas dan butang baju sentiasa salah butang. 
• Mereka juga mempunyai daya pengamatan. pendengaran dan penglihatan yang lemah. 
• Kekeliruan juga timbul di mana mereka sukar untuk membezakan kiri dan kanan.

Jenis-Jenis Disleksia

1. Disleksia Visual (penglihatan) 

a) Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengingat dan mengenal abjad serta bentuk perkataan. 

b) Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik. 

2. Disleksia Auditori (pendengaran) 

a) Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori. 

3. Disleksia Visual-auditori

a) Kesukaran membaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio.

Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin : 

- Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira. 
- Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas. 
- Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (bacaan terbalik). Contohnya : 

a) Membezakan 12 dengan 21.
b) "was" menjadi "saw".
c) 'b' dengan 'd'. 
d) Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut. 
e) Keliru dengan konsep masa seperti 'semalam', 'hari ini', 'esok'. 
f) Kesukaran memahami, mengingati dan mengikutbarahan. 
g) Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah.

Apakah Ciri-Ciri Disleksia? 

Diperingkat pra sekolah mereka mungkin :

1) Lambat bertutur. 
2) Mengalami kesukaran sebutan atau rima. 
3) Sukar menulis nama sendiri. 
4) Sukar mengenal bentuk atau warna. 
5) Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya.

Masalah Kanak-Kanak Yang Menghadapi Disleksia

1. Mengeja

a) Masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti; m - w, y - g, u - n, m - n, c - e, p - q, h - n, b - d. 
b) Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti t - h, f - v. 

2. Membaca

a) Mereka cenderung menterbalikkan perkataan seperti: 
• Batu - tuba
• Gula - lagu
b) Selain itu, mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut:
• pada masa yang sama - dapa masa yang masa. 
c) Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut : Jam - jem, cat - cat. 

3. Menulis

a) Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. 
b) Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik. 

4. Bercakap dan mendengar

a) Terdapat juga diantara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikan. 
b) Hal ini berlaku diaebabkan kelambatan dalam proses maklumat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan. 

5. Nombor

a) Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. 
b) Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol serta suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut :
• 3 - 5 - 8
• 9 - 6

6. Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial

a) Pakaian sentisa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut. 
b) Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh. 
c) Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan, atas, bawah serta pengamatan yang lemah.

Punca-Punca Disleksia

1. Keturunan atau genetik

• Kebanyakan kes, tetdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. 
• Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia disebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun. 

2. Biologi

• Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. 
• Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar. 

3. Kematangan

• Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sistem saraf. 
• Pada kebiasaannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak perempuan. Kelewatan kematangan pada kanak-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia.

Langkah-langkah Membantu Kanak-Kanak Disleksia

• Membawa berjumpa dengan pakar psikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menanganinya. 
• Membantu kanak-kanak memahami bahawasanya, walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi. 
• Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atai kebolehan semulajadi. 
• Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan. 
• Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa. 
• Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika. 
• Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap prihatin dalam mengekalkan suasana harmoni. 
• Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalm bidang akademik. 
• Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri. 
• Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai dan sebagainya.




Comments

Popular Posts