Membezakan Huruf (Disleksia)

Di dalam blog saya kali ini, saya akan menunjukkan cara-cara serta faedah Alat Bantu Mengajar (ABM) dan disertai dengan video cara mengajar menggunakan ABM yang telah saya siapkan.

Bahan-Bahan


1. Gunting

2. Pisau

3. Kain foam

4. Gabus

5. Alat Tulis

6. Kain Fek

7. 'Marker' dan Pen

8. 'Hot Glue Gun'

9. 'Mouting board'

10. Kertas Warna


Cara-Cara



1. Cara yang pertama ialah buat ukuran pada kain foam menggunakan pensil mengikut saiz yang dikehendaki dan gunting kain foam tadi sesuai mengikut saiz yang telah diukur.


2. Ambil kain fek serta ukur mengikut bentuk apa yang dimahukan contohnya bentuk haiwan iaitu arnab seperti yang telah saya buat dan gunting kain fek tersebut mengikut bentuk yang diingini tadi.


3. Seterusnya, kain foam yang telah siap digunting dengan saiz yang dikehendaki tadi, tuliskan huruf yang kebiasaan kanak-kanak disleksia tertukar mengikut pilihan anda.


4. Selesai menulis huruf, masukkan bentuk kain fek yang telah siap digunting tadi ke dalam kain foam yang ditulis huruf.


5. Ambil 'mouting board' dan potong menggunakan pisau mengikut saiz yang dimahukan.


6. Ambil gabus mengikut warna yang sesuai dan juga gunting mengikut bentuk yang dikehendaki dengan saiz yang sesuai untuk menulis nama permainan Alat Bantu Mengajar (ABM) tersebut.


7. Selepas itu, gunting kertas warna mengikut bentuk hiasan yang diinginkan contohnya bentuk bunga seperti yang telah saya buat.


8. Setelah selesai, ambil 'hot glue gun' untuk melekatkan kain foam yang telah ditulis huruf dan perhiasan yang telah dibuat lalu tampal diatas 'mouting board' yang dipotong tadi.

9. Cara yang terakhir ialah ambil bentuk kepala arnab yang ditulis nama permainan tadi seperti yang telah saya buat serta tampal di bahagian atas 'mouting board' dan siap.

Faedah


Alat Bantu Mengajar (ABM) yang telah saya buat kali dapat membantu kanak-kanak yang menghidapi masalah disleksia iaitu dari segi perkembangan kognitif, fizikal,  emosi dan motor halus mereka. Dengan ABM ini juga dapat memberikan bantuan dan latihan pembelajaran kepada kanak-kanak disleksia untuk mereka menggelakkan masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti; b-d, u-n, h-n, y-g-j dan sebagainya serta dapat membezakan huruf -huruf yang mereka sering tertukar.

Selain itu, kanak- kanak normal juga dapat menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang telah saya siapkan ini untuk mengenal huruf dan dapat menyebut serta membezakan huruf dengan baik dan lancar. Guru juga dapat mengajar atau melakukan aktiviti bermain sambil belajar di dalam kelas dengan menggunakan ABM ini.

Video


Cara bermain


Comments

Popular Posts