KEPENTINGAN MUZIK KEPADA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


√ Pernahkah anda berfikir bahawa,bagaimana kanak-kanak dapat mengoyangkan anggota badan, atau menari ketika mereka mendengar muzik? Walhal, kanak-kanak ini belum berusia setahun tetapi mampu menggerakkan anggota badan mengikut rentak muzik.

√ Muzik merupakan bahagian daripada kehidupan kanak-kanak kerana sejak mereka masih berada di dalam kandungan ibu lagi, mereka sudah mampu mendengar bunyi.

√ Adalah tidak menghairankan sekiranya mereka terbiasa dengan muzik.Secara semulajadinya kanak-kanak menyukai bunyi-bunyian yang menghiburkan.mereka terbiasa dengan bunyi-bunyian dan muzik kerana, sebelum mereka tidur, ibu bapa akan mendodoikan anak-anak dengan lagu-lagu tradisional mereka. Muzik merupakan salah satu ransangan yang dapat memberikan kesan positif terhadap perkembangan minda bayi dan kanak-kanak. Oleh itu, muzik digunakan secara kreatif oleh guru untuk mengajar kanak-kanak di sekolah mahupun taman asuhan kanak-kanak.

√ Kajian yang dilakukan oleh pengkaji telah membuktikan bahawa muzik boleh memberi kesan positif terhadap perkembangan minda bayi dan kanak-kanak. Antara kesan positif penggunaan muzik terhadap perkembangan minda bayi dan kanak-kanak adalah muzik dapat memantapkan perkembangan bahasa kanak-kanak, kanak-kanak berupaya membina bunyi-perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak. Kebanyakkan pakar kanak-kanak serata dunia berpendapat bahawa kesesuaian muzik bagi kanak-kanak dan bayi adalah meluas dan tidak terhad. Walaubagaimanapun, terdapat kriteria yang perlu dipatuhi iaitu, muzik yang digunakan kepada bayi dan kanak-kanak tersebut tidak terlalu kuat dan menyakitkan telinga.

√ Apabila bayi membesar, mereka secara semulajadinya dapat menikmati muzik dengan cara mengoyangkan anggota badan, bergerak dan menari mengikut rentak muzik apabila mendengar muzik. Antara manfaat muzik kepada perkembangan kanak-kanak adalah dapat menenangkan si kecil yang sedang menangis. Kebiasan yang kita selalu lihat adalah apabila si anak menangis, salah satu cara si ibu memujuk anaknya adalah dengan menyayi, mendodoi dan memainkan lagu dan muzik.

√ Suara si ibu mahupun bapa yang menyayikan lagu dapat membantu menenagkan emosi bayi, melodi daripada suara mereka dapat menghiburkan si anak walaupun suara mereka tidak semerdu penyanyi.

√ Selain daripada itu, penggunaan muzik dapat membantu perkembangan bahasa kanak-kanak. Pada usia enam tahun yang pertama, kanak-kanak dapat mendengar dengan baik dan cuba membezakan bunyi yang berbeza dalam irama muzik.

√ Mereka juga boleh berlagu mengikut irama dan memperoleh pengetahuan tentang muzik melalui penyampaian visual bunyi tersebut. Semasa mendengar muzik, kanak-kanak secara tidak langsung mendengar perkataan dan belajar bunyi perkataan tersebut. 

√ Proses mendapatkan maksud daripada perkataan tersebut menjadi penanda untuk permulaan kanak-kanak mengembangkan ilmu dan kemahiran bahasa mereka.

√ Disamping itu, manfaat muzik kepada perkembangan kanak-kanak adalah muzik dapat menjadi terapi pemulihan kepada anak-anak yang istimewa. Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Stanford University, telah menyatakan bahawa muzik meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak yang menghidap disleksia.

√ Muzik juga telah dikaitkan dengan peningkatan celik huruf, iaitu dapat mengenal huruf.

√ Muzik merupakan element penting dalam perkembangan bahasa kanak-kanak kerana melalui muzik kanak-kanak dapat meneroka bunyi dan perkataan. Irama dalam muzik pula berperanan untuk meningkatkan memori, sebagai contoh lagu huruf seperti ABC. Lagu tersebut dapat membantu meningkatkan memori, kerana minda kita terdorong untuk mengingati sesuatu seperti lagu lebih dari membacanya. Orang dewasa, sesetengahnya juga menyanyikan lagu ABC sehingga Z, untuk membaca huruf sekiranya mereka lupa urutan huruf tersebut.

√ Seterusnya, penggunaan muzik kepada kanak-kanak dapat meningkatkan keupayaan kanak-kanak tersebut.

√ Dengan memberi pendedahan muzik dan juga latihan kepada kanak-kanak, mereka berjaya untuk memahami maklumat baru dengan lebih cepat dan baik. Justeru itu, penggunaan muzik kepada kanak-kanak secara langsung dapat meningkatkan keupayaan mental kanak-kanak.

√ Kesimpulanya, dapat dikonklusikan bahawa pengunaan muzik penting dalam perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak dapat bermain muzik sambil belajar. Antara kebaikan penggunaan muzik dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah dapat menenagkan emosi, meningkatkan perkembangan bahasa, terapi pemulihan untuk kanak-kanak istimewa, meningkatkan memori dan meningkatkan keupayaan menyerap ilmu.




Comments

Popular Posts